Pages

Jul 19, 2021

Chic N Mushroom Pie

 Hiiiiiiiii.

Blanja gmbar sikit

As always nk tulis blog utk update masak portion byk2 utk rujukan masa depan..ramai puji kate sedappp so nk save kt sni..hehe..resepi ambil dr che nom mcm biasa n olah sikit utk masak banyak..


BAHAN2: 

2 biji bawang holland

1 batang karrot didadu

2 biji kentang didadu

1 tin cendawan butang

400g ayam kisar

1 tin mushroom soup cambells cendawan

1 kiub ayam

Black pepper, garam n gula secukup rasa

15 pcs roti paratha kawan


So, resepi ni akan hasilkan total 15 pai ayam


Sekiannnnn....


Jul 6, 2021

Lasagna Lagi, Lagi dan Lagiii

Hai all, setelah sekian lama, i m backkkkk..semata nak save resepi lasagna msak banyak2 terus, nanti senang nak refer..

Bahan2:

SOS BOLOGNESE

2 kotak lasagna

800g daging ayam kisar

3 batang karot

2 tin cendawan

2 biji bawang holland

6 ulas bawang putih

2 tin prego cendawan

2 tin puri tomato kimball

400g mozarella

2 kiub ayam

Susu full cream secukupnya


SOS BECHAMEL

150g buttercup

5 sudu besar tepung gandum

4 keping cheddar cheese

Air n susu secukupnya


So dengan portion bahan2 sebanyak ni akan hasilkan 4 bekas besar lasagna.


Sekiannn....





Apr 15, 2019

Resepi Kek Batik My Fav


Assalamualaikum..


Lamanya la dah tak menjenguk blog ni..rindu lak.. baru2 ni sebab buat kek batik n perasan rasa dia sedap sangat2, ikut taste bud aku la so aku kena save resepi siap2 takut tak dapat nk duplicate rasa yang sama dah..

Resepi ni terhasil daripada gabungan 3 resepi..aku suka kek batik yang yang letak telur sebab teksturnya lebih lembut n rasa dia lebih creamy..untuk hilangkan rasa hanyir telur, aku tambah sikit esen vanila..

So ni la resepi yang terhasil..

Bahan2:
150g butterlite
4 biji telur
250g biskut marie tiger
100g milo
2 tbsp serbuk koko van houten
3/4 tin susu pekat saji
1 tsp esen vanilla

Cara2:
1) cairkan butter
2) kacau telur, milo, serbuk koko smpai sebati
3) masukkan campuran telur, milo dan serbuk koko ke dalam butter yang dah cair
4) kacau adunan dan masukkan susu pekat
5) kacau lagi sehingga sebati
6) masukkan biskut marie yang dah dipatah2kan ke dalam adunan dan kacau lagi sesedap rasa..
7) kalau nak kek batik yang bertekstur lembut boleh biarkan biskut dalam adunan coklat lama sikit
8) bila dah sejuk sikit, bole masukkan dalam peti sejuk
9) dh beku, bole la ngapppp

Ketagih sungguh aku dengan kek batik ni sampai tak boleh nak stop makan..huhu..bahaya sungguh.. cuma aku tak puas hati sebab tekstur biskut tu mcm rangup sikit, ikut taste suami aku.. so next time aku akan biarkan biskut tu terendam lama sikit dalam adunan coklat supaya kek lebih sebati teksturnya..

Jan 30, 2017

Bihun Goreng & Bihun Goreng Singapore

Sebenarnya aku bukanlah peminat bihun2 ni tapi memandangkan Nuh suka bihun jadi aku pun dah terubah selera lak.. Kalo g kedai makan mesti nak order bihun goreng sebab aku kongsi dengan dia, lama2 dah jadi suka lak..elok gak sebab at least bihun ni lagi sihat dr mee n kuey teow..hehe

Dan paling aku stress bila order bihun, bihun tu x sedap..geraam sangat sebab kalo masak xsedap, baik aku masak sendiri je..sihat pun sihat tp memandangkan aku sendiri pun letih tahap nak angkat tangan pun xlarat, nikan nak  memasak lak..terpaksa la aku telan gak bihun xsedap tersebut, yg aku kagumnya Nuh ada selera lak nak makan..mungkin taste kami berbeza..huhu

Sebelum kahwin to be honest aku x pernah masak segala jenis mee, bihun n kuey teow tapi sebab suami aku jenis kureng makan nasi, kugagahkan diri untuk memasak ni gak.. Alhamdulillah, melalui komennya yang mengalahkan chef di hotel 5 bintang, aku dapat improve rasa masakan aku.. Taste suami aku lak bole tahan sebab mak mentua aku jenis yang pandai memasak..

Aku dah cuba pelbagai resepi bihun dengan claim cakap sedap x tahu nak habaq tahap apa tapi sampai suami aku rasa, katanya bese je..down jugak la.. Dari feedback family n suami aku, bihun aku masak untuk Nuh lagi sedap dari resepi bihun lain padahal aku guna bawang putih, sos dan kicap je.. So kat sini aku nak tulis resepi hasil gabungan resepi bihun versi dewasa dan bihun versi baby so jadilah bihun yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak..hehe 

Bahan2:
1) Setengah peket bihun yang dah direndam lembut
2) 5 ulas bawang putih
3) segenggam ikan bilis
4) 1 sudu teh udang kering direndam dahulu
5) 2 senduk kicap manis
6) setengah senduk sos tiram
7) 1 senduk sos cili life
8) Karrot/ Taugeh/ Ayam/ Tauhu-ikut selera nak letak apa
9) Garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:
1) Tumbuk hancur bawang putih,ikan bilis dan udang kering
2) Tumis bahan tumbuk tadi sampai garing kemudian masukkan air sedikit, sos, kicap dan sos tiram
3) Lepas mendidih masukkan ayam/Karrot masak sampai masak
4) Perasakan gula dan garam
5) Masukkan bihun dan masak sampai sebati
6) Last sekali masukkan la taugeh dan siap

Senang je kan..hehe.. kalo nak buat bihun goreng singapore, resepi yang sama tapi xperlu letak sos dan kicap serta tambahkan 1 sudu teh lada hitam, boleh letak lebih lagi kalo suka pedas.. Setakat ni, ni resepi yang suami aku puas hati tapi aku still rasa bihun mak aku lagi power.. Mak aku lak jenis masak campak2 je so karut je kalo nak tanya resepi kat dia, konpem xingat.. Ayah aku lak jenis ikut resepi sebab dia masak selalu orang tanya resepi dia so dia dh stand by resepi siap2..


Jan 28, 2017

Makaroni Goreng

Makaroni goreng merupakan salah satu makanan fav aku n rasa yang aku paling ingat, mak aku masak yang paling sedap tp tu pun pernah masak sekali je sebab ayah aku x minat..
Dah beberapa kali gak aku try masak tapi x dapat nak duplicate rase tu..tanya mak aku, memang dia dah xingat resepi tu sebab dh 10 tahun yang lalu dia masak..haha..
So baru2 ni aku ada google resepi ni n adala jumpa beberapa resepi dan lepas dah masak 2 kali, aku yakin yang resepi ni memang aku kena simpan sebab aku dah edit2 resepi orang supaya kena dengan taste aku..
Resepinya seperti berikut:

Bahan2:
1) 200g makaroni, atau setengah peket aku suka guna elbow
2) 1 senduk sos cili
3) 1 senduk sos tomato
4) 1 senduk sos tiram
5) 1 senduk sambal, boleh lebihkan kalo nak pedas
6) 1 senduk kicap manis jalen
7) 2 biji tomato didadu
8) 1 cawan isi ayam
9) 1 cawan mixed vegie
10) 1 biji bawang holland
11) 3 ulas bawang putih
12) garam n gula secukup rasa
14) 1 sudu teh lada hitam, nak lebih pun boleh
Cara2nya:

1) tumis bawang holland n bawang putih sampai layu
2) masukkan sambal, sos, kicap, tomato, mixed vegie dan isi ayam, masak sampai mendidih
3) masukkan garam n gula, aku guna 3 sudu kecil garam n 2 sudu kecil gula
4) masukkan makaroni dan goreng sehingga sebati
5) tutup api, siap!
Senang je kan resepi dia..aku sekarang dalam mood nak makan makaroni goreng je..hri ni aku makan makaroni goreng untuk sarapan, lunch n dinner..haha..puas hati aku
So next time, kalo aku teringin lagi, aku pakai resepi ni je since ni dh cater ikut taste aku..

Jul 22, 2016

Carbonara tanpa prego (CTP)

Dah lama aku cari resepi CTP tp masih xdapat nak cipta rasa yang sedap. Tapi ni resepi general CTP yang aku dh cuba dan banyak yang perlu aku perbaiki.

Resepi:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang holland
100g butter
2 sudu besar tepung gandum
250 ml susu segar
500 ml air
2 biji cendawan shitake
1/2 batang carrot
3 batang sosej
100g isi ayam
Oregano n serbuk lada hitam

Tapi apa dari apa yang suami aku komen, rasa dia masih xsesedap aku buat bila menggunakan prego.. walaupun resepi ni macam simple tapi bagi aku untuk recreate balik jadi macam rasa carbonara berprego (aku short formkn CP je la) sangat susah dan aku kena eksperimen dengan balance rasa bawang2 n shitake.. Dari pemerhatian aku, shitake menimbulkan rasa cendawan yang kuat jadi aku perlukan itu. Dan aku sangat menyesal sebab sebelum ni aku pernah buat resepi CTP dan buat pertama kalinya suami aku puji sedap. Malangnya aku sendiri xingat resepi sebab suka hati campak2..oh ruginyaaaa..dah la susah nak dapat pujian suami aku sebab uji rasa dia mengalahkan chef hotel 5 bintang..haha. kat sini bole la cakap macam2 sebab bukan dia baca blog aku pun..oppss..haha.. cma apa yang aku ingat, aku tumis bawang putih dan shitake dengan butter, portionnye memang aku xingat. Mungkin nanti aku cuba olah lagi.

Jadi baru2 ni, sempena openhouse raya rumah aku, aku bereksperimen lagi dengan carbonara tapi separuh prego. Maknanya aku turut menggunakan roux (butter campur tepung yang dimasak pekat) dan aku guna gak prego. Bagi aku rasa dia macam dah tip top tapi suami aku masih xberpuas hati sebab dia xdapat rasa macam carbonara yang aku buat time sedap. Carbonara aku ni ade masa sedap, ade masa x sebab aku selalu tukar resepi dan yang sedap selalunya bila guna prego. Cuma kelebihan resepi ni sebab dapat jimat guna sikit prego dan kuah yang terhasil pun pekat.

Sebelum aku lupa, aku nak tulis resepi carbonara kalau masak untuk ramai orang. Anggaran 30 orang.

3 paket spageti kimball
150-200g butter
2 senduk tepung gandum
2 biji bawang holland
1 labu bawang putih
2 tin cendawan butang
15 batang sosej
2 batang carrot
100g ayam kisar ayamas
3 tin prego carbonara
500 ml susu full cream
500ml air
2 kiub ayam

Resepi ni cuma anggaran dan akan aku ubah dari semasa ke semasa.