Pages

May 1, 2009

McDonald's hilang monopoli penggunaan 'Mc'

PUTRAJAYA - Rangkaian restoran makanan segera McDonald's semalam hilang hak eksklusif terhadap penggunaan awalan 'Mc' apabila Mahkamah Rayuan di sini membenarkan sebuah cawangan rangkaian restoran India tempatan, McCurry Restaurant, menggunakan 'Mc' pada papan tanda perniagaannya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram (kini Hakim Mahkamah Persekutuan), yang bersidang bersama Hakim Datuk Heliliah Mohd. Yusof dan Hakim Datuk Sulong Matjeraie memutuskan bahawa tiada bukti menunjukkan bahawa McCurry Restaurant di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur cuba mendakwa bahawa perniagaan McDonald's adalah kepunyaannya.

"Dengan hormat, hakim yang arif telah terkhilaf apabila membuat andaian bahawa McDonald's memegang monopoli terhadap penggunaan awalan 'Mc' pada papan tanda atau dalam menjalankan perniagaan.

"Dalam penghakiman saya, anggapan kukuh yang boleh diambil daripada keseluruhan bukti adalah papan tanda McCurry's Restaurant tidak akan menyebabkan seseorang yang berfikiran munasabah mengaitkan McCurry dengan tanda perniagaan McDonald's.

Sumber: Kosmo, 30 Apr 2009

*So lpas ni kalo korng nk bka farmasi sndri bole la ltak name Mc kat dpan..ak cop McHud Hud..haha..*

3 wrote back:

Anonymous said...

Hud Hud. Bukak farmasi dgn aku laa. Haa..tapi gune name aku. McShamel.

Sedap je menyebutnye. Kan? Aku jamin la, ramai punye dtg.

akak said...

haha.btul3,akak sokong!tapi kalo letak nama McHudShamel lgi best.nnt ada anak blh tmbh lg 1 nama kt blkg tu.haha.^_^

hud hud said...

Shamel: sdap lg ke?? ak ingt McHud Hud dh perfect..kui..kui..

Akak: Iye la kak..kene ank 5 org, silap2 gaji hbis byar utk papan iklan je..haha..