Pages

Jul 22, 2016

Carbonara tanpa prego (CTP)

Dah lama aku cari resepi CTP tp masih xdapat nak cipta rasa yang sedap. Tapi ni resepi general CTP yang aku dh cuba dan banyak yang perlu aku perbaiki.

Resepi:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang holland
100g butter
2 sudu besar tepung gandum
250 ml susu segar
500 ml air
2 biji cendawan shitake
1/2 batang carrot
3 batang sosej
100g isi ayam
Oregano n serbuk lada hitam

Tapi apa dari apa yang suami aku komen, rasa dia masih xsesedap aku buat bila menggunakan prego.. walaupun resepi ni macam simple tapi bagi aku untuk recreate balik jadi macam rasa carbonara berprego (aku short formkn CP je la) sangat susah dan aku kena eksperimen dengan balance rasa bawang2 n shitake.. Dari pemerhatian aku, shitake menimbulkan rasa cendawan yang kuat jadi aku perlukan itu. Dan aku sangat menyesal sebab sebelum ni aku pernah buat resepi CTP dan buat pertama kalinya suami aku puji sedap. Malangnya aku sendiri xingat resepi sebab suka hati campak2..oh ruginyaaaa..dah la susah nak dapat pujian suami aku sebab uji rasa dia mengalahkan chef hotel 5 bintang..haha. kat sini bole la cakap macam2 sebab bukan dia baca blog aku pun..oppss..haha.. cma apa yang aku ingat, aku tumis bawang putih dan shitake dengan butter, portionnye memang aku xingat. Mungkin nanti aku cuba olah lagi.

Jadi baru2 ni, sempena openhouse raya rumah aku, aku bereksperimen lagi dengan carbonara tapi separuh prego. Maknanya aku turut menggunakan roux (butter campur tepung yang dimasak pekat) dan aku guna gak prego. Bagi aku rasa dia macam dah tip top tapi suami aku masih xberpuas hati sebab dia xdapat rasa macam carbonara yang aku buat time sedap. Carbonara aku ni ade masa sedap, ade masa x sebab aku selalu tukar resepi dan yang sedap selalunya bila guna prego. Cuma kelebihan resepi ni sebab dapat jimat guna sikit prego dan kuah yang terhasil pun pekat.

Sebelum aku lupa, aku nak tulis resepi carbonara kalau masak untuk ramai orang. Anggaran 30 orang.

3 paket spageti kimball
150-200g butter
2 senduk tepung gandum
2 biji bawang holland
1 labu bawang putih
2 tin cendawan butang
15 batang sosej
2 batang carrot
100g ayam kisar ayamas
3 tin prego carbonara
500 ml susu full cream
500ml air
2 kiub ayam

Resepi ni cuma anggaran dan akan aku ubah dari semasa ke semasa.

0 wrote back: