Aku tergerak hati nak tulis post ni sebab aku rase time cuti ni, dapat dikire berape kali je aku tak tido balik lepas subuh.. Fenomena normal aku rase.. Sebab cuti dah tinggal tak sampai sebulan, aku nak memaksimumkan sisa-sisa cuti yang masih tertinggal..

Imam Ibnu Qayyim pernah berkata: "Sesiapa yang meneliti cara tidur dan jaga Rasulullah s.a.w., akan mendapati bahawa tidur baginda adalah yang paling seimbang dan paling bermanfaat untuk badan, anggota dan kekuatan.. Baginda tidak pernah tidur lebih dari kadar yang dihajati dan tidak pernah mencegah dirinya daripada kadar keperluannya."
Ibnu Qayyim menambah: "Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya), malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat..
Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari sedang terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas waktu Asar)."
So sebagai peringatan terhadap diri aku sendiri terutamanye..tak de sebab nape tak bole kalo tak tido lpas subuh.. Lagipun, waktu ni kan waktu rezeki dibahagi-bahagikan.. Kadang-kadang kite tido balik sebab rase cam tak de mende pn nak buat kalo bangun awal-awal.. Sebenarnye banyak je mende kite bole buat, g joging ke, bace ma'thurat ke, bercucuk tanam ke..banyak gak pekdahnye..tapi cam biase daye tarikan katil dan bantal yang gebu2 belake lagi kuat..hehe..
Mende ni kene buat sket2 la kalo tak bole drastik terus.. Buat sedikit demi sedikit tapi biarlah istiqamah..