Ni bukan contest eligible bachelor dalam majalah CLEO ke ape tp ni pasal layak tak kite ni nak bela arnab.. Penting tau sebenarnye untuk assess kite ni layak ke tak sebab kalo kite sebenarnye tak layak tapi kite bela gak, maybe bole memautkan arnab tersebut..seperti dalam kes aku.. Mngkin aku belum berjodoh dengan arnab lagi..
Kat sini ade beberape soalan yang perlu diambil sebelum keputusan untuk membela arnab diambil.. Soalan ni aku amek dari blog lazzybunny.. Cam menarik gak n aku pun try la jawab..
Antaranya:
1. Adakah anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang akan berlarutan sehingga akhir hayat arnab itu… kerana jangka hayat arnab mungkin mencapai 10 tahun Ya..kalo bela bukan secara haram, 20 tahun pun aku sanggup.. Tapi buat mase ni, TIDAK..
2. Adakah orang lain didalam rumah juga mesra arnab?
Ya..sumer suke but not my mom.. Unfortunately, mak nye pengaruh dalam rumah sangat kuat maybe sebab die yang handle household so kalo mak kate tak, so jawapannye..TIDAK..
3. Arnab adalah haiwan exotic dan perbelajaan perubatannya adalah Tinggi.. adakah anda sudah bersedia?
YA.. Puteh dah nak 5 kali gi hospital, stakat ni gune duit ayah mampu la..hehe..
4. Adakah dikalangan keluarga anda yang tidak mengalami alahan terhadap rabbit atau Hay? YA..
5. Adakah anda mampu menyediakan sangkar atau kawasan yang sesuai bagi arnab anda? Rasenye TIDAK sebab susah nak jumpe rumput yang lapang..kalo lepas kat beranda bole la.. Tapi kesian lak die kene korek2 semen instead of tanah..
6. Adakah kawasan atau rumah ada adalah Mesra Arnab?
TIDAK..kawasan rumah saya sangat sempit..
7. Adakah anda tidak memelihara haiwan lain yang boleh mengancam arnab? (kerana arnab amat sensitive, dengan kejutan sedikit boleh menyebabkan kematian)
TIDAK.. Si Puteh adalah ancaman terbesar..rase bela xsampai seminggu, jd sate arnab la jawabnye sebab dah nazak dimain Puteh..huhu..
8. Adakah anda pernah mempunyai Arnab sebelum ini? Dimana arnab itu sekarang?
YA..di alam lain mungkin..
9. Adakah ada mempunyai masa untuk mengawasi arnab anda?
Ya..time cuti 3 bulan ni je la..tapi time dah start blajar..TIDAK..
10. Adakah rumah/apartment ada membenarkan ada memelihara haiwan?
TIDAK..mak sudah cakap No! No!
11. Sekiranya anda berpindah, berkahwin dan mempunyai anak dan juga mempunyai komitmen, adakah anda masih mampu mengawasi arnab anda?
YA..insha allah..
12. Jika anda menghadiahkan nya untuk anak anda.. adakah anda rasa anak anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi membersihkan, memberi makan dan sebagainya. Jika tidak pastikan ada dikalangan dewasa atau anda sendiri yang memikulnya..
Ntah..wallahu 'alam..xde anak lg.. Tapi akan ajar die cintakan binatang.. =)
Sekiranya semua soalan diatas kebanyakannya korang jawab ya ni bermakna mungkin korang bole la nak bela arnab ni..tapi aku hanye ade 4 YA sahaja..looks like my time hasnt come yet..
Tapi aku berazam besar nanti nak bela arnab n kucing serentak..hehe..mesti best!
0 wrote back:
Post a Comment